Site icon TechNave BM

Mi 11 Lite muncul di pensijilan BIS dengan bateri 4,150 mAh, bakal dilancar tidak lama lagi

Semalam, telefon kelas andalan Xiaomi, Xiaomi Mi 11 telah dilancarkan secara global. Kini, sumber menunjukkan bahawa versi Lite ini untuk peranti ini pula akan dilancarkan tidak lama lagi. Xiaomi Mi 11 Lite ini dilihat telah mendapat pensijilan BIS dan beberapa spesifikasinya telah tertiris.

Penyenaraian BIS menunjukkan Mi 11 Lite dilengkapi dengan bateri 4,150mAh dengan RAM 6GB serta pilihan storan 64GB dan 128GB.

Jika melihat pada saiz baterinya, ia mungkin hadir dengan badan yang ringan dan nipis, dan beratnya tidak akan lebih dari 200g.

Untuk spesifikasi lain, sumber sebelum ini menyatakan Mi 11 Lite akan menggunakan skrin LCD 120Hz dan dilengkapi cipset Snapdragon 732G (atau 775G). Selain itu, ia juga mungkin akan hadir dengan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 5MP dan menyokong pengecasan pantas 33W.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Mydrivers

Exit mobile version