Site icon TechNave BM

Mi 11 Ultra bakal jadi telefon Xiaomi pertama dengan rating kalis air IP68

Telefon pintar andalan Mi 11 Ultra yang akan dilancar pada malam ini bakal menjadi telefon Xiaomi pertama yang menyokong rating kalis air dan debu IP68. Ini bermaksud Mi 11 Ultra mampu bertahan pada kedalaman air 1.5 meter dalam masa 30 minit.

Selain itu, Xiaomi juga mengesahkan bahawa ia akan dilengkapi injap pelepas (release valve) gas helium yang membenarkan pengguna untuk melepaskan tekanan udara yang terbina dalam Mi 11 Ultra. Injap pelepas merupakan ciri yang sering berada dalam jam tangan penyelam, di mana pengguna boleh melepaskan tekanan yang disebabkan oleh molekul gas helium sewaktu menyelam. Jika tekanan itu tidak dilepaskan, ia boleh merosakkan jam tersebut.

Setakat ini, Xiaomi sudah pun mengesahkan bahawa Mi 11 Ultra akan dilengkapi bateri dengan silikon oksida untuk bahagian anod dan sistem penyejukan dengan material hidrokarbon yang boleh bertukar di antara pepejal, cecair dan gas.

Selain itu, ia mungkin akan dilengkapi skrin AMOLED QHD+ 120Hz, cipset Snapdragon 888, sensor kamera Samsung ISOCELL GN2 50MP, kamera ultra-lebar 48MP, kamera periskop dengan zum sejauh 120x, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 67W, pengecasan wayarles 67W dan pengecasan wayarles berbalik 10W.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version