Site icon TechNave BM

Mi Fan Festival 2020: Jualan telefon pintar Xiaomi di Lazada dan Shopee bermula 7 April, diskaun hingga 35%

Terkini, Xiaomi mengumumkan bahawa mereka ingin menghargai peminat teknologi mereka dengan mengadakan jualan Mi Fan Festival 2020. Jualan ini akan bermula pada 7 April sehingga 9 April 2020 sahaja! Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia, anda boleh mendapatkan telefon pintar Xiaomi dengan harga lebih rendah secara dalam talian (Lazada atau Shopee).

Diskaun sehingga 35% pada telefon pintar Xiaomi ini termasuklah telefon-telefon pintar yang popular dalam kalangan peminat Xiaomi. Paling menarik, Xiaomi Redmi Note 9S juga boleh didapati dengan harga yang lebih rendah daripada biasa! Jom semak apa yang ada dalam jualan ini!

Mi Fan Festival 2020 di Lazada

Anda boleh mendapatkan produk Xiaomi di bawah melalui Xiaomi Lazada Store.

ProdukHarga Asal (RRP) (RM)Harga Promosi (RM)
Xiaomi Redmi Note 9S (4GB + 64GB) 799699
Xiaomi Redmi Note 9S (6GB + 128GB) 899899
Xiaomi Redmi Note 8 Pro (6GB + 64GB) 899769
Xiaomi Redmi 8 (3GB + 32GB)499379
Xiaomi Redmi 8A (2GB + 32GB) 459299
Redmi 20000mAh 18W Fast Charge Power Bank9979
Xiaomi Mi Smart Band 4149119
Mi True Wireless Earphones329239

Mi Fan Festival 2020 di Shopee

Tawaran paling menarik di Xiaomi Shopee Store adalah Redmi Note 9S Edisi Khas Mi Fan Festival 2020 (berharga RM949), eksklusif hanya di Shopee. Redmi Note 9S Edisi Khas ini hadir dalam warna Edisi Khas Kelabu dengan varian RAM 6GB dan ROM 128GB bersama ukiran khas MFF 2020 pada panel belakang peranti. Jika anda membelinya, anda akan dapat membawa pulang Xiaomi Mi Smart Band 4 (bernilai RM149) secara percuma!

Untuk tawaran produk lain termasuklah produk ekosistem pintar, anda boleh lihat senarai di bawah.

ProdukHarga Asal (RRP) (RM)Harga Promosi (RM)
Xiaomi Redmi Note 9S (6GB + 128GB) 899899
Xiaomi Redmi Note 9S (4GB + 64GB) 799699
Xiaomi Redmi 8 (3GB + 32GB)499379
Xiaomi Redmi 8A (2GB + 32GB) 459299
Xiaomi Mi Smart Band 4149110
Mi True Wireless Earphones329229
Xiaomi 10000mAh Redmi Power Bank5949
Xiaomi Mi Robot Vacuum1199929
Xiaomi Mi Air Purifier 2S 658499
Xiaomi Mi Casual Daypack Lightweight Backpack3910

Adakah anda akan menyertai jualan Mi Fan Festival 2020 ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version