Site icon TechNave BM

Mi Smart Band 6 sah akan dilancarkan bersama Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra pada 29 Mac ini

Terbaru, Xiaomi secara rasmi telah mengesahkan kehadiran peranti boleh pakai terbaru mereka, Mi Smart Band 6 pada 29 Mac ini. Pada tahun lalu, Xiaomi telah melancarkan Mi Band 5 pada bulan Jun di China sebelum memasuki pasaran global sebulan kemudian.

Pengesan kecergasan (fitness tracker) terbaru Xiaomi ini akan dilancarkan bersama Mi 11 Pro, Mi 11 Ultra dan sebuah peranti dari siri Mi MIX. Mi Smart Band 6 dikhabarkan akan hadir dengan pelbagai ciri baru dan penambahbaikan, namun reka bentuknya dikatakan akan masih kekal sama.

Mi Smart Band 6 mungkin akan hadir dengan sokongan pengesanan tahap oksidegn darah (pemantauan Sp02). Ia juga mungkin akan hadir dengan skrin yang lebih besar dengan 30 mod sukan yang berbeza.

Nantikan pelancaran peranti Mi Smart Band 6 ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version