Site icon TechNave BM

Mi Vacuum Cleaner Mini rasmi di Malaysia: Bateri 2000mAh, boleh vakum di mana sahaja berharga RM199

Terkini, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan kehadiran Xiaomi Mi Vacuum Cleaner Mini di pasaran Malaysia. Pembersih vakum mudah alih ini boleh digunakan di mana-mana sahaja dan ditawarkan dengan harga RM199.

Antara spesifikasi menarik yang ada pada Mi Vacuum Cleaner Mini ini adalah teknologi siklon multi-tahap dengan kuasa sedutan besar. Kuasa sedutannnya mempunyai dua tahap; Standard dan Max dengan kelajuan berputar 88,000 rpm. Ia turut dilengkapi bateri 2000mAh yang mampu memberi kuasa kepada peranti untuk berfungsi sehingga 30 minit (tahap Standard) dan 9 mini (tahap Max).

Pembersih vakum seringan 500g ini hadir dengan dua jenis berus mudah yang senang untuk dicuci selepas penggunaannya. Anda hanya perlu menekan satu butang yang mengaktifkan filter pencucian HEPA yang mencuci debu sehingga 99.97%. Ia turut menyokong port USB-C.

Mi Vacuum Cleaner Mini boleh didapati di mana-mana Mi Store, Xiaomi Official Lazada Store bermula 11 November ini pada harga asal RM199. Jika anda ingin mendapatkannya dengan harga RM169, anda boleh membelinya di Xiaomi Official Lazada Store melalui Flash Sale 11.11.

Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version