Site icon TechNave BM

Mi Watch dengan bateri 16 hari, GPS dan Mi Smart Electric Toothbrush T500 diumum di Malaysia

Selain dari siri Xiaomi Mi 10T yang dilancarkan pada acara yang dilangsungkan oleh Xiaomi Malaysia, terdapat beberapa produk ekosistem Xiaomi lain yang diumum untuk pasaran Malaysia. Antara produk yang menarik perhatian kami adalah Mi Watch dan berus gigi elektrik Mi Smart Electric Toothbrush T500.

Mi Watch hadir dengan paparan AMOLED 1.39 inci beresolusi 454 x 454 piksel, litupan kaca bajaan (tempered glass) 2.5D dan litupan anti-cap jari. Ia turut hadir dengan bateri 420mAh yang mampu bertahan sehingga 16 hari, sokongan 5 ATM, GPS, sensor degup jantung, 117 mod senaman dan banyak lagi.

Selain itu, Xiaomi yang terkenal dengan produk ekosistemnya turut mengumumkan Mi Smart Electric Toothbrush T500. Berus gigi elektrik ini hadir dengan motor magnetik akustik berprestasi tinggi, kepala berus bebas besi anti karat dengan ketumpatan tinggi dan pengesanan gerakan memberus.

Selain dari dua produk menarik ini, terdapat juga peranti lain seperti Xiaomi Mi Air Purifier Pro H, Mi Robot Vacuum-Mop P dan Mi True Wireless Earphones 2 Basic.

Untuk pengetahuan anda, hanya Xiaomi Mi Watch yang akan diumumkan kembali harga rasminya pada Disember 2020 ini. Apa pun, siri Xiaomi Mi 10T boleh didapati di mana-mana Authorized Mi Store atau Lazada.

Produk mana satukah yang menarik minat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version