Site icon TechNave BM

Mi Watch kini rasmi di Malaysia: Bateri 16 hari, AMOLED 1.39 inci berharga RM469

Terkini, Xiaomi telah mengumumkan harga rasmi jam tangan pintar terbaru, Mi Watch di pasaran Malaysia. Mi Watch kini boleh didapati bermula esok (20 Januari 2021) dengan harga RM469.

Mi Watch hadir dengan paparan AMOLED 1.39 inci beresolusi 454 x 454 piksel, litupan Corning Gorilla Glass 3. Ia turut hadir dengan bateri 420mAh yang mampu bertahan sehingga 16 hari, sokongan 5 ATM, GPS, sensor degup jantung, 117 mod senaman dan banyak lagi.

Mi Watch turut menyokong lebih dari 100 latar belakang jam, fungsi alat kawalan kamera, emoji tertentu pada notifikasi dan kawalan suara. Selain itu, terdapat tiga pilihan warna yang tersedia iaitu Black (Hitam), Navy Blue (Biru Gelap) dan Beige (kuning air).

Anda boleh mendapatkan Mi Watch dengan harga RM469 bermula dari 20 Januari 2021 di mana-mana Mi Store, pengedar sah Xiaomi, Lazada atau Shopee.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version