Site icon TechNave BM

Microsoft akan buang pelayar web Edge dan Internet Explorer daripada komputer anda pada 13 April

Pelayar web yang dibina oleh Microsoft iaitu Internet Explorer dan Edge akan dibuang (uninstall) daripada semua komputer Windows pada hari Selasa, 13 April 2021. Pembuangan tersebut akan dilakukan dalam sebuah kemas kini bulanan yang akan membuang Edge daripada komputer Windows 10 dan menggantikannya dengan pelayar web Microsoft yang baru iaitu Edge Chromium.

Sebelum ini, Microsoft sudah mengatakan bahawa mereka tidak akan mengemas kini lagi pelayar web Edge bermula 9 Mac 2021 bagi memberi tumpuan untuk membangunkan pelayar web baru iaitu Edge Chromium. Microsoft sudah mula memperkenalkan Edge Chromium melalui sebuah kemas kini Windows sejak bulan Jun 2020.

Edge Chromium adalah sebuah pelayar laman web berasaskan enjin Chromium yang terdapat dalam Google Chrome. Oleh yang demikian, kebanyakan fungsi Google yang sebelum ini hanya boleh diakses dalam Google Chrome, kini boleh diakses dalam Edge Chromium.

Penulis sudah pun menggunakan Edge Chromium sejak ia diperkenalkan pada awal 2020 dan amat berpuas hati dengannya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Microsoft

Exit mobile version