Site icon TechNave BM

Microsoft akan lancarkan Windows 11 pada 5 Oktober 2021

Selepas Microsoft melancarkan sistem operasi komputer Windows 11 pada bulan Jun lalu, kini syarikat Amerika Syarikat itu telah mengumumkan tarikh pelancarannya kepada pengguna awam iaitu pada hari Selasa, 5 Oktober 2021.

Pengguna Windows 10 boleh mengemas kini sistem operasi mereka kepada Windows 11 bermula hari tersebut secara percuma. Walau bagaimanapun, ia hanya akan ditawarkan secara beransur-ansur jadi bukan semua pengguna boleh mengemas kini Windows mereka pada 5 Oktober.

Apabila komputer anda layak untuk menerima Windows 11, ia akan menyediakan pemberitahuan melalui Windows Update. Antara pembaharuan yang akan diperkenalkan adalah butang Start di bahagian tengah, tetingkap snap layouts, widgets, antara muka (UI) yang lebih kemas dan banyak lagi.

Sungguh pun begitu, tidak semua ciri-ciri baru dalam Windows 11 akan diperkenalkan pada 5 Oktober, seperti sokongan untuk aplikasi Android. Keperluan sistem yang diperlukan untuk Windows 11 adalah CPU 1GHz 64-bit dengan sekurang-kurangnya dua teras, RAM 4GB, storan 64GB dan cip TPM 1.2

Microsoft menjangkakan proses kemas kini ke Windows 11 akan berlangsung sehingga pertengahan 2022, di mana semua komputer yang layak dikemas kini akan dipasangkan dengan Windows 11 pada waktu itu.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Windows Blog

Exit mobile version