Site icon TechNave BM

Microsoft atasi Apple untuk jadi syarikat paling bernilai di dunia

Microsoft telah mengukuhkan penguasaannya dalam sektor teknologi dengan mengatasi Apple untuk menjadi syarikat paling bernilai di dunia. Keuntungan Microsoft baru-baru ini melepasi paras $3.12 trilion melebihi rekod sebelumnya dengan Apple sebanyak $3.09 trilion.

Perjalanan Microsoft bermula beberapa tahun lalu dengan peralihan fokus daripada penguasaan perisian tradisional ke arah strategi awan merangkumi platform seperti Azure dan langganan seperti Microsoft 365.

Langkah ini terbukti tepat apabila penggunaan pengkomputeran awan melonjak semasa pandemik. Walau bagaimanapun, peningkatan Microsoft tidak mengurangkan kejayaan berterusan Apple. Persaingan antara gergasi teknologi ini berkemungkinan berterusan dan memacu inovasi selanjutnya yang memberi manfaat kepada pengguna.

Peningkatan Microsoft menunjukkan kuasa penyesuaian strategik dan menerima teknologi berasaskan awan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Foxbusiness

Exit mobile version