Windows 11 nampaknya tidak mempunyai populariti yang sama seperti Windows 10 selepas setahun lebih dilancarkan. Walau bagaimanapun, Microsoft mempunyai cita-cita yang tinggi untuk OS terbaharunya dengan mengucapkan ‘bab pertama era Windows baharu’. Kini, Microsoft baru sahaja membina artificial intelligent (AI) yang boleh meniru suara manusia.
Kecerdasan buatan telah memberi kesan ketara kepada beberapa industri dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Semasa di CES 2023, naib presiden dan ketua pegawai produk Microsoft, Panos Panayyang memberitahu tentang pelbagai perkembangan dalam teknologi dan kecerdasan buatan sejak beberapa bulan lalu.
Beliau berkata bahawa AI ialah teknologi penentu dengan mengubah industri dan meningkatkan kehidupan harian kita dalam banyak cara. Microsoft kini terlibat dalam penciptaan sistem pengendalian yang akan datang. Windows 11 mungkin menjadi Windows pertama dengan ciri AI dan Windows 12 bakal mengoptimumkan fungsi AI pada sistem operasi.
Panos Panay juga secara langsung menangani strategi Microsoft dengan menggariskan bagaimana AI akan dimasukkan ke dalam sistem pengendaliannya yang akan datang. Windows 12 mungkin dilancarkan oleh Microsoft seawal penghujung tahun 2023.
Adalah selamat untuk mengandaikan bahawa Microsoft tidak lama lagi akan menawarkan gambaran sekilas mengenai matlamatnya untuk menyepadukan AI ke dalam sistem Windows. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Neowin

