Site icon TechNave BM

Microsoft beri amaran, jangan sembur asap ‘vape’ pada konsol Xbox Siri X!

Pada minggu ini, Xbox Siri X dan Siri S mula dijual di beberapa negara yang terpilih. Konsol baru ini menawarkan ciri-ciri baru dan pelbagai penambahbaikan berbanding generasi sebelum ini. Hanya satu hari selepas Xbox Siri X ini dijual, terdapat beberapa video pengguna yang menyemburkan asap rokok elektronik (vape) pada konsol ini muncul di dalam talian.

Pengguna yang memuat naik video tersebut menyatakan bahawa konsol mereka terbakar dan mula mengeluarkan asap. Ini adalah kenyataan yang salah dan menyeleweng kerana asap tersebut sebenarnya datang dari pengguna bukan dari konsol itu sendiri.

Asap vape itu keluar dari jaringan konsol ini adalah kerana konsol tersebut direka sedemikian. Kipas di dalam konsol tersebut akan menyerap haba dari konsol dan akan keluarkannya melalui jaringan yang terletak di atas konsol itu.

Potensi untuk konsol ini terbakar sebenarnya adalah hampir mustahil kerana tiada bateri yang disimpan di dalam konsol itu. Kebanyakan peralatan elektronik yang terbakar sebelum ini adalah disebabkan kewujudan bateri di dalam.

Disebabkan hal ini, pihak Microsoft terpaksa memberi kenyataan rasmi di laman sosial rasmi Xbox di Twitter, memohon pengguna supaya tidak menyemburkan asap rokok elektronik (vape) pada konsol mereka.

Komen pendapat anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version