Site icon TechNave BM

Microsoft Edge kini perisian pelayar internet yang ke-2 paling popular

Tidak lama selepas Microsoft melancarkan perisian pelayar web Edge yang baru pada 16 Januari lalu, pelayar terssebut kini sudah pun menjadi pelayar internet ke-2 paling popular dalam dunia. Menurut NetMarketShare, Microsoft Edge merekodkan penggunaan total di seluruh dunia sebanyak 7.59%, lebih tinggi daripada Mozilla Firefox yang hanya mencapai 7.19%.

Walau bagaimanapun, Microsoft Edge masih jauh ketinggalan berbanding Google Chrome yang mencatatkan penggunaan sebanyak 68.5%. Di tempat ke-4 pula ialah Internet Explorer 11, ke-5 ialah Opera dan ke-6 ialah Apple Safari.

Microsoft Edge mungkin boleh mengatasi Firefox kerana pelayar tersebut sudah pun termasuk dalam sistem operasi Windows yang dipasang dalam kebanyakan komputer. Selagi Microsoft terus memperbaiki penggunaan dan keselamatan Edge selepas ini, tidak mustahil ia akan mengubah minda pengguna Chrome untuk berpindah kepada Edge.

Penulis sudah pun menggunakan Edge baru ini sejak Januari lepas dan setakat ini tiada masalah serius yang berlaku. Malah dengan platform berasaskan Chromium iaitu sama dengan Chrome, Edge boleh dikatakan rasa hampir sama dengan Chrome. Kongsi di Facebook kami pengalaman anda menggunakan Edge dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version