Site icon TechNave BM

Microsoft Edge perkenalkan ‘game’ luncur ombak untuk dimainkan sewaktu hubungan internet terputus

Jika anda adalah pengguna Google Chrome, tentunya anda biasa dengan game kecil T-Rex yang boleh dimainkan sewaktu hubungan internet anda terputus. Kini pelayar web Microsoft Edge juga memperkenalkan sebuah game untuk dimainkan pada waktu yang sama.

Permainan yang dinamakan Surf Game itu akan memerlukan anda mengawal seorang surfer dan elak daripada pelbagai halangan dan musuh sewaktu surfer itu meluncur dari atas ke bawah skrin. Corak permainannya mirip game lagenda SkiFree yang termasuk dalam Microsoft Entertainment Pack 3 pada 1991.

Tidak seperti game T-Rex dalam Chrome yang bewarna hitam putih, Surf Game menampilkan grafik 2D yang bewarna-warni. Pemain juga boleh memilih surfer mereka yang terdiri daripada pelbagai warna kulit dan bermain menggunakan tetikus atau controller.

Tentunya anda boleh terhibur sedikit dengan game ini sewaktu masalah internet anda diselesaikan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan game ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Windows Blog

Exit mobile version