Site icon TechNave BM

Microsoft Flight Simulator boleh dibeli dalam bentuk fizikal 10 keping DVD

Game pensimulasi penerbangan yang dinanti-nantikan, Microsoft Flight Simulator, bakal dijual bermula 18 Ogos ini. Seperti biasa, game-game terkenal memang akan dijual dalam bentuk cakera padat DVD di samping versi digital namun apa yang menarik tentang Flight Simulator versi fizikal adalah ia akan dijual dalam bentuk sepuluh keping DVD.

Pihak penerbit di Eropah, Aerosoft, telah berurus dengan pembina game itu, Microsoft, bagi mengedarkan produk itu di benua tersebut. Sepuluh keping DVD itu akan mempunyai data 90GB dan dipakejkan dalam sebuah kotak khas bersama dokumen manual yang agak tebal.

Sewaktu kebanyakan pemasangan (installation) game hanya memerlukan hubungan internet yang pantas, koleksi DVD ini tentunya adalah produk yang istimewa buat pemain yang nostalgik pada waktu DVD digunakan untuk pemasangan game. Masih tidak pasti jika produk ini akan dijual dalam pasaran Malaysia.

Adakah anda berminat untuk memiliki produk ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Aerosoft Forum

Exit mobile version