Site icon TechNave BM

Microsoft hentikan kemas kini Windows 10 untuk tahun ini kerana pekerjanya mahu berehat

Microsoft telah mengumumkan bahawa sebarang kemas kini untuk Windows 10 pada tahun ini akan diberhentikan bagi memberi ruang kepada para pekerjanya untuk bercuti dan menyambut tahun baru. Oleh yang demikian, sebarang kemas kini yang tidak penting hanya akan disambung pada bulan Januari 2021.

Kemas kini keselamatan untuk Windows 10 masih diteruskan pada tahun ini seperti biasa. Kemas kini yang dihentikan termasuklah kemas kini pilihan (optional updates) dan keluaran pratonton (preview releases) yang melibatkan pembetulan pepijat (bug fixes) dan penambahbaikan am.

Microsoft juga mungkin mengambil langkah ini bagi mengurangkan risiko penyebaran COVID-19 di kalangan tenaga kerjanya, terutamanya selepas jangkitan di Amerika Syarikat meningkat tinggi berikutan pilihan raya umum pada awal bulan ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MS Power User

Exit mobile version