Site icon TechNave BM

Microsoft hentikan pengeluaran “game” baharu untuk konsol Xbox One

Microsoft secara rasmi mengumumkan bahawa ia akan menamatkan pembangunan permainan untuk konsol permainan Xbox One generasi lama. Syarikat itu telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan lagi membuat sebarang permainan untuk konsol lama ini kerana mereka telah “bergerak” kepada model Xbox Series S dan Series X Gen-9.

Namun, Xbox mengesahkan bahawa mereka akan terus menyokong perkakasan Xbox One serta permainan yang masih berjalan pada generasi sebelumnya. Tetapi, Microsoft secara rasmi mengumumkan bahawa tiada studio dalamannya yang membangunkan sebarang permainan baharu untuk platform tersebut.

Sebaliknya, Xbox ingin mendorong platform permainan awannya lebih jauh dengan perkhidmatan Xbox Cloud Gaming. Kini, Xbox dijangkakan hanya menumpukan pada model konsol Xbox Series X dan Series S generasi terbaru mereka.

Konsol baharu ini menawarkan pelbagai peningkatan dalam prestasi dan membolehkan pemain memainkan tajuk tertentu sehingga 120fps yang menjadikannya lebih baik untuk kompetitif. Menariknya, pengumuman ini juga tiba hanya beberapa hari selepas syarikat itu didapati ‘secara tidak sengaja’ mengumpul maklumat kanak-kanak secara haram di Xbox.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version