Site icon TechNave BM

Microsoft lancarkan pelayar web Edge baharu

Hari ini, Microsoft dengan rasminya mengeluarkan pelayar web Edge yang baharu kepada pihak awam. Pengguna yang berminat untuk mencuba boleh memuat turun perisian tersebut di laman webnya.

Microsoft Edge adalah sebuah pelayar web yang diperkenalkan pada 2015 untuk menggantikan Internet Explorer, namun ia gagal mendapat sambutan ramai kerana isu penyesuaian (compatibility) dengan banyak laman web.

Edge yang baharu ini pula menggunakan Chromium, iaitu struktur asas yang sama dalam pelayar web Google Chrome. Ini menyelesaikan masalah penyesuaian yang mula-mula terdapat dalam Edge asal.

Setakat ini, Microsoft tidak akan memasangkan Edge baharu ini secara automatik ke dalam Windows 10 anda, tetapi syarikat tersebut akan melaksanakannya secara perlahan dalam bulan-bulan mendatang.

Adakah anda berminat untuk mencuba Edge yang baharu ini? Jika ya, kongsikan pengalaman anda dalam menggunakannya di Facebook kami dan terus bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Microsoft, CNet

Exit mobile version