Site icon TechNave BM

Microsoft lancarkan sokongan iMessage pada Windows 11

Microsoft hari ini mengumumkan bahawa mereka mula melancarkan sokongan iPhone kepada Phone Link telefon pada Windows 11. Dalam catatan blog, syarikat itu berkata fungsi ini akan tersedia kepada semua pengguna Windows 11 di seluruh dunia menjelang pertengahan Mei.

Dengan aplikasi Phone Link untuk Windows 11 dan aplikasi pautan ke Windows untuk iOS, pengguna iPhone boleh membuat dan menerima panggilan telefon, menghantar serta menerima mesej teks selain dapat melihat pemberitahuan terus pada PC mereka.

Windows 11 menyokong iMessage walaupun terdapat beberapa batasan termasuk kekurangan sokongan untuk sembang kumpulan, foto, video dan sejarah perbualan di luar sesi sembang semasa. Semua mesej muncul sebagai gelembung kelabu dalam aplikasi Phone Link bermakna iMessages dan mesej teks SMS tidak boleh dibezakan pada PC.

Selain itu, mesej hanya dihantar ke PC semasa iPhone disambungkan melalui Bluetooth. Microsoft mengatakan iPhone mesti menjalankan iOS 14 atau lebih baru dan ciri ini tidak tersedia untuk iPad atau Mac. Microsoft telah menguji sokongan iOS untuk aplikasi Phone Link dalam versi beta sejak Februari lalu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Microsoft

Exit mobile version