Site icon TechNave BM

Microsoft letakkan ‘watermark’ kekal pada komputer yang tidak disokong dengan Windows 11

Microsoft mungkin mempunyai cara tersendiri untuk menghalang pengguna daripada memasang Windows 11 pada peranti yang tidak disokong. Menurut maklumat terkini, Microsoft mungkin menggunakan tera air (watermark) kekal untuk memberi amaran kepada mereka yang memasang sistem pengendalian (OS) pada peranti yang tidak memenuhi keperluan sistem.

Berdasarkan Windows Latest, tera air (watermark) menunjukkan mesej ‘system requirements not met’ diletakkan di bahagian bawah kanan skrin, namun tera air itu masih lagi dalam fasa ujian. Jika ia kelihatan normal, berkemungkinan ia adalah satu lagi versi tera air (watermark) yang mungkin pernah anda lihat sebelum ini jika anda tidak mengaktifkan OS.

Microsoft telah menyatakan bahawa ia tidak akan menawarkan sebarang kemas kini kepada OS yang dipasang pada peranti yang tidak disokong. Walau bagaimanapun, ia hanya dikesan dalam binaan ujian tetapi masih ada kemungkinan besar ia akan masuk ke pelancaran rasmi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Techradar 

Exit mobile version