Site icon TechNave BM

Microsoft mungkin beli TikTok, Amerika Syarikat risau atas keselamatan negaranya

Aplikasi video milik China, TikTok kini dikatakan sedang berbincang dengan Microsoft dan beberapa syarikat yang lain berkenaan penjualan syarikatnya selepas ianya telah diletakkan di bawah pemeriksaan atas arahan pentadbiran Trump kerana dianggap boleh memberi ancaman pada keselamatan negara Amerika Syarikat.

Presiden Trump juga telah memaksa syarikat induk TikTok, ByteDance untuk mengasingkan TikTok dari ByteDance atas kerisauan tersebut. Ancaman yang dituntut oleh pentadbiran Trump adalah kerana TikTok dimiliki oleh syarikat dari China dan ianya memiliki akses pada data lokasi pengguna dan juga data peribadi yang sensitif.

Berdasarkan firma kajian PitchBook, nilai syarikat ByteDance adalah lebih kurang $100 bilion (~RM424 bilion), dan ianya mungkin terlalu mahal untuk syarikat Microsoft membelinya. Setakat ini, Microsoft belum lagi memberi sebarang kenyataan mengenai hal ini.

Bagaimana dengan berita mengenai TikTok dan Amerika Syarikat ini? Kongsikan pendapat anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version