Site icon TechNave BM

Microsoft mungkin lancarkan Windows 12 pada 2024, jadual kemas kini yang berbeza

Menurut laporan terkini, versi Windows seterusnya yang mungkin membawa nama Windows 12 dijangka tiba seawal 2024. Ini menunjukkan bahawa syarikat itu mungkin beralih kepada kitaran keluaran tiga tahun sekali.

Sejak Windows 10, syarikat itu telah beralih kepada keluaran dua kali setahun dengan ciri baharu. Pada masa itu, ramai juga berpendapat bahawa Windows 10 akan menjadi versi sistem pengendalian yang terakhir, sehinggalah pengumuman Windows 11 yang membawa beberapa peningkatan.

Microsoft masih akan fokus dalam mengeluarkan kemas kini sepanjang tahun sebelum keluaran Windows baharu pada 2024. Microsoft dilaporkan telah membatalkan rancangan untuk kemas kini tahunan 23H2 pada 2023 dan akan mengutamakan pelancaran ciri baharu sepanjang 2023. 

Tambahan lagi, kemas kini utama iaitu 22H2 dijangka tiba pada bulan September atau Oktober ini setelah ia didapati selesai dibangunkan pada baru-baru ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: The Verge

Exit mobile version