Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka akan menggantikan Calibri iaitu fon lalai untuk Office selama 15 tahun dengan fon baharu Aptos. Berita mengenai fon baharu ini bermula sejak 2021 apabila Microsoft mula-mula memberikan lima pilihan fon baharu Bierstadt, Grandview, Seaford, Skeena dan Tenorite.
Selepas lebih dua tahun maklum balas daripada pengguna, Microsoft kini mendedahkan bahawa Bierstadt menjadi pilihan, tetapi telah dinamakan semula sebagai Aptos. Dicipta oleh Steve Matteson, Aptos dikatakan telah direka untuk mempunyai sedikit sentuhan kemanusiaan.
Aptos ialah fon sans serif dengan bentuk huruf ringkas yang membolehkan ia mudah dibaca. Steve Matteson, pereka Aptos dan juga bertanggungjawab untuk mencipta fon TrueType dan Segoe. Pengumuman fon baharu telah mendapat pujian dengan penampilannya yang moden dan bersih.
Bagi empat finalis fon yang lain, pilihan tersebut masih terdapat dalam Office supaya pengguna boleh menggunakannya. Malah, pengguna masih akan menemui Bierstadt walaupun ia hanya nama lama untuk Aptos.
Daniels menambah bahawa Aptos hanyalah bahagian pertama daripada gelombang ciri baharu yang lebih luas yang datang ke Microsoft 365 dengan matlamat untuk menjadikan perisian lebih ekspresif dan inklusif.
Aptos kini akan mula muncul sebagai fon lalai pada Word, Outlook, PowerPoint dan Excel, dengan Microsoft menjangkakan pelancaran akan berlaku dalam beberapa bulan akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Medium

