Site icon TechNave BM

Microsoft paparkan ‘trailer’ pertama untuk ‘game-game’ awal Xbox Series X

Memandangkan konsol Xbox Series X bakal dilancarkan lewat tahun ini, Microsoft sudah memberikan sedikit pratonton kepada beberapa game awal yang akan dilancarkan untuk konsol tersebut. Dalam sebuah siaran video di YouTube, Microsoft memaparkan 13 trailer game yang dibina daripada syarikat luar dan bakal dilancarkan sekitar waktu Xbox Series X dilancarkan.

13 game tersebut termasuk:

Siaran yang berdurasi 27 minit itu turut memaparkan sedikit pembentangan berkenaan kebolehan teknikal Xbox Series X. Ia termasuklah resolusi 4K sehingga 120fps, DirectX ray tracing, dan waktu loading yang pantas.

Ini adalah permulaan bagi acara Xbox 20/20, sebuah acara digital oleh Microsoft yang akan mempamerkan butiran Xbox sedikit demi sedikit dalam ruang masa beberapa bulan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xbox Series X dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version