Site icon TechNave BM

Microsoft perkenalkan fungsi OCR dalam Snipping Tools, benarkan salinan teks dalam gambar

Microsoft telah mengemas kini aplikasi Snipping Tools minggu lepas dan dalam versi 11.2307.44.0 terkini, bar navigasi serta kombinasi papan kekunci telah diperkenalkan. Selain itu, terdapat satu lagi ciri yang menarik datang dalam kemas kini tersebut iaitu fungsi OCR.

Fungsi OCR boleh mengecam teks dalam imej dan mengekstraknya ke papan keratan. Ciri ini dipanggil “Tindakan teks” dan Microsoft berkata ia akan dikuasakan oleh AI dan akan diperluaskan untuk menyediakan ciri tindakan teks yang lebih terperinci pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, fungsi OCR ini akan bertindih dengan aplikasi lain. Microsoft telah menyediakannya dalam banyak aplikasi rasmi seperti OneNote sejak dahulu lagi. Selain itu, terdapat juga fungsi yang dipanggil “Text Extractor” dalam PowerToys.

Tidak jelas bila Microsoft akan membuka fungsi OCR alat tangkapan skrin kepada semua pengguna, tetapi ia dijangka akan diprapasang dalam kemas kini Windows 11 23H2.Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: ITHome

Exit mobile version