Site icon TechNave BM

Microsoft pilih 11 syarikat teknologi baru di Malaysia sertai program kembangkan perniagaan

Jika anda sebelum ini tertenya-tanya adakah Malaysia sebenarnya mampu melahirkan syarikat dalam bidang teknologi yang mampu bersaing di peringkat global, jawapannya adalah ya. Buktinya, Microsoft telah memilih 11 syarikat permulaan di Malaysia untuk menyertai program Microsoft Emerge X.

Sepintas lalu, program Microsoft Emerge X ialah usaha Highway to 1 100 Unicorns yang dilancar di negara Asia Pasifik termasuk Malaysia. Microsoft bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan beberapa organisasi lain di Malaysia untuk mencalonkan lebih daripada 300 syarikat yang berpotensi untuk mengikuti program ini.

Antara 11 syarikat permulaan yang terpilih adalah Alpha Red Services, Betacard, Leaderonomics Digital, Naluri Hidup, OrangeFIN Asia, SalesCandy, Setel, Softinn Solutions, Soft Solvers Solutions, Supplycart.my, dan Talentcloud.ai. Program ini menyediakan bimbingan mentor, menerima kredir GitHub/Azure, menghadiri kem, berinteraksi dengan pakar Microsoft dan mendapatkan pelanggan di peringkat global.

Untuk pengetahuan anda, Microsoft bakal hadir dengan pelbagai inisiatif lagi seperti menganjurkan Sidang Syarikal Pemula KL, Hari Pembangun Perisian Microsoft 2021 dan program MyStartup Hub 2021.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version