Site icon TechNave BM

Microsoft rancang untuk menghidupkan anda kembali selepas mati melalui chatbot

Dilaporkan, Microsoft sedang merancang untuk membawa si mati hidup kembali. Secara asasnya, bukanlah memberi nyawa kembali tetapi Microsoft bakal menggunakan maklumat si mati untuk mewujudkan chatbot.

Menurut Microsoft, “orang tertentu (yang diwakili oleh chatbot) mungkin boleh berasaskan entiti masa lalu atau sekarang seperti rakan, saudara, kenalan, selebriti, watak fiksyen, tokoh sejarah, entiti rawak, dan lain-lain”. Microsoft juga menyatakan bahawa “orang tertentu ini boleh berasaskan diri sendiri”. Ini bermakna pengguna juga boleh membina dan melatih chatbot tersebut sebagai pengganti mereka setelah mereka meninggal dunia.

Selain itu, Microsoft sedang merancang untuk memasukkan idea model 2D atau 3D seseorang yang boleh dioperasikan melalui imej atau maklumat lanjut, atau data video. Jika rancangan ini berhasil, teknologi ini boleh menjadi perkara baru yang membenarkan pengguna berbual dengan orang kesayangan yang sudah tiada.

Apakah pandangan anda mengenai projek yang dipatenkan oleh Microsoft ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Independent

Gambar daripada e-pusara JAWI

Exit mobile version