Site icon TechNave BM

Microsoft Surface Duo 2 bakal dilancar 22 September ini

Pada 22 September ini, Microsoft akan mengadakan acara rasmi secara maya bagi melancarkan peranti baharu mereka iaitu Microsoft Surface Duo 2 serta berkongsi maklumat mengenai Windows 11 dan komputer riba Surface terbaru.

Beberapa maklumat tertiris sebelum ini yang mengatakan bahawa Microsoft Surface Duo 2 bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 888, sokongan 5G, NFC dan perkakas dwi-skrin Android.

Selain itu, gambar yang tertiris menunjukkan perubahan pada kamera yang mana ia mempunyai tiga kamera iaitu kamera utama, sensor telefoto dan ultra-lebar. Selain daripada pelancaran Surface Duo 2, Microsoft dijangka bakal melancarkan Microsoft Surface Book 4.

Namun, Microsoft mungkin menukar namanya ke Surface Pro kerana laporan sebelum ini mengatakan bahawa syarikat itu sedang membangunkan sebuah komputer riba andalan. Microsoft akan lancarkan produk terbaru dalam siri Surface Pro, di samping pelancaran Windows 11 pada 5 Oktober ini.

Adakah anda berminat dengan peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version