Site icon TechNave BM

Microsoft Surface Go 2 mungkin akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu lagi

Microsoft melancarkan tablet Windows yang dinamakan Surface Go pada 2018, namun model itu tidak diperbaharui pada tahun lepas. Kini, menurut laporan media, Surface Go 2 mungkin akan dilancarkan pada tahun ini dalam masa beberapa minggu lagi.

Microsoft Surface merupakan hibrid tablet dan komputer riba yang direka bagi menyaingi iPad dan telah digunakan oleh ramai ahli perniagaan, seniman, pembina perisian dan banyak lagi. Pada Ogos 2018, Surface Go dilancarkan di mana tablet itu menyokong penggunaan pen stylus dan papan kekunci.

Sebuah ujian penanda aras (benchmark) pada bulan Februari telah mengesahkan kewujudan peranti ini, di mana ia dilengkapi pemproses Intel Core dwi-teras generasi ke-8 m3-8100Y. Ia dijangkakan akan dijual bermula US$399 (~RM1,720) hingga US$650 (~RM2,802).

Surface Go mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat, namun tidak begitu bagi pasaran antarabangsa. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Surface Go 2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version