Site icon TechNave BM

Microsoft Surface Go 3 dilancar di Malaysia: Miliki Intel Core i3, Ram 8GB dan SSD 128GB bermula RM 1,888

Microsoft hari ini telah melancarkan sebuah komputer riba iaitu Surface Go 3. Anda boleh mula dibeli bermula 5 Oktober melalui kedai rasmi dan peniaga yang berdaftar.

Spesifikasi komputer riba ini ialah ianya  hadir dengan berat 544 gram, kamera 1080p, mikrofon, Dolby Audio dan skrin sentuh 10.5 inci. Varian LTE akan tersedia pada bulan hadapan. Selain itu, ia memiliki bateri tahan untuk tugas seharian, terbina dengan keselamatan daripada Microsoft dan ciri mudah alih dengan Pen digital dan skrin sesentuh.

Surface Go 3 merupakan peranti paling mudah alih dalam siri Surface kerana ia sempurna untuk melengkapkan tugasan, bekerja dan bermain game. Direka bentuk bersesuaian dengan ciri yang dibawakan oleh Windows 11, Surface Go 3 memiliki prestasi 60% lebih baik menggunakan Intel Core i3.

Microsoft Surface Go 3 tersedia dalam tiga varian iaitu Intel Pentium Gold + RAM 4GB + 64GB berharga RM 1,888, Intel Pentium Gold + RAM 8GB + SSD 128GB berharga RM 2,588 dan Intel Core i3 + 8GB RAM + SSD 128GB berharga RM 2,988.

Tambahan, Microsoft juga melancarkan tetikus Microsoft Ocean Plastic Mouse. Tetikus ini dibina menggunakan bahan kitar semula yang dibuang di laut. Microsoft Ocean Plastic Mouse akan tersedia di Malaysia mulai 11 Oktober dengan harga RM 119.

Microsoft Surface Go 3 dan tetikus Ocean Plastic akan tersedia daripada 5 Oktober dan 11 Oktober. Ia boleh dibeli melalui SoftwareONE, Maxis dan kedai rasmi Microsoft seperti  All ITGloo by SNSHarvey NormanLazada-Microsoft Authorised storePC ImageSenhengShopee-Microsoft Authorised store serta TMT by Thundermatch.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Microsoft Surface Go 3 dan tetikus Ocean Plastic Mouse serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version