Site icon TechNave BM

Microsoft Surface Laptop 4 dilancar di Malaysia: Komputer riba produktiviti bermula RM4,599

Microsoft Malaysia hari ini telah melancarkan komputer riba terbaru iaitu Microsoft Surface Laptop 4 yang dilengkapi pelbagai fungsi yang bertujuan untuk membantu pengguna melaksanakan sebarang tugas pekerjaan dengan lebih baik, seperti kamera HD dan pad jejak (trackpad) yang besar.

Surface Laptop 4 boleh didapati dalam saiz skrin 13.5 inci atau 15 inci di mana ia mempunyai fungsi sentuh dan nisbah aspek 3:2 PixelSense untuk skrin yang lebih besar. Ia turut dilengkapi pembesar suara Dolby Atmos Omnisonic untuk penghasilan bunyi yang jelas.

Komputer ini boleh didapati dengan pemproses Intel Core generasi ke-11 atau AMD Ryzen dengan Radeon Graphics Microsoft Surface Edition. Microsoft turut menjanjikan keselamatan data yang tinggi dalam komputer tersebut serta kemudahan storan dalam talian (cloud storage).

Surface Laptop 4 ditawarkan dalam warna Alcantara Platinum atau kemasan logam hitam dan platinum dan dijual pada harga bermula RM4,599. Untuk maklumat lanjut mengenai varian spesifikasi yang ditawarkan, layari laman web Microsoft Malaysia.

Microsoft Malaysia turut melancarkan beberapa aksesori termasuklah fon kepala berwayar (RM239.80) dan wayarles (RM508), pembesar suara mudah alih (RM508) dan webcam luaran (RM318).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Microsoft Surface Laptop 4 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version