Site icon TechNave BM

Microsoft Surface Laptop SE khas untuk Pendidikan dilancar: Dilengkapi Intel Celeron dan Windows 11 SE bermula ~RM1,033

Microsoft telah melancarkan sebuah komputer riba khas bagi pelajar iaitu Surface Laptop SE. Komputer riba ini beroperasi menggunakan sistem operasi Windows 11 SE terbaru. Ia mempunyai port USB-A, USB-C, bicu audio dan penyesuai AC.

Terdapat dua pilihan varian bagi komputer riba ini iaitu Intel Celeron N4010 + RAM 4GB + storan dalaman 64GB  dan Celeron 4120 + RAM 8GB + storan dalaman 128GB. Windows 11 SE hadir dengan pengoptimum prestasi khusus untuk digunakan pada peranti berspesifikasi rendah. Skrinnya menggunakan LCD TFT 11.6 inci dengan resolusi 1366 x 768. Microsoft sahkan bahawa komputer riba ini mempunyai ketahanan bateri sehingga 16 jam.

Di samping Surface Laptop SE, kami juga mendapat gambaran serba sedikit tentang Windows 11 SE. Versi perisian ini adalah “Cloud-first” yang mana ia berfungsi mungkin serupa dengan OS Chrome. Ia menunjukkan sistem pengendalian yang sangat ringan dengan kebanyakan aplikasi berasaskan awan (cloud).

Harga komputer riba ini adalah bermula pada $249 (~RM1,033) untuk varian terendah dan kami masih belum pasti tentang keberadaannya di pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headline

Exit mobile version