Site icon TechNave BM

Microsoft Surface Laptop Studio 2 dan Laptop Go 3 kini boleh didapati di Malaysia

Bermula dari 9 November 2023 (semalam), Microsoft Surface Laptop Studio 2 dan Laptop Go 3 yang baru dilancarkan kini boleh didapati di Malaysia melalui peruncit sah dan penjual semula.

Surface Laptop Studio 2 yang disebut-sebut sebagai peranti Surface paling berkuasa yang pernah dihasilkan oleh Microsoft, menampilkan peningkatan ketara dengan pemproses Intel Core H Class Gen-13 pada platform Intel Evo, memberikan kuasa dua kali ganda.

Ia juga menawarkan dua kali lebih prestasi grafik dengan GPU komputer riba NVIDIA terkini, memberikan grafik ray tracing yang realistik dan prestasi berkuasa AI. Dengan sehingga 18 jam hayat bateri, RAM 32GB dan storan SSD ultra-pantas sehingga 1TB, Laptop Studio 2 memastikan produktiviti optimum dan keupayaan berbilang tugas.

Sebaliknya, Surface Laptop Go 3 sebagai Surface Laptop paling ringan dan paling mudah alih dengan berat di bawah 1.13kg, hadir dalam warna baharu iaitu Blue, Platinum, Sage dan Sandstone. Ia dilengkapi dengan pemproses Intel Core i5, menyediakan sehingga 15 jam hayat bateri, pengecasan pantas serta pilihan sehingga RAM 16GB dan storan 256GB.

Kedua-dua peranti menggunakan Windows 11 dengan ciri seperti pembantu AI terpusat, Copilot, membantu pengguna untuk menyelesaikan tugas dengan cekap, memupuk kreativiti dan meningkatkan ketersambungan.

Anda boleh lawati laman web rasmi Micorsoft sekiranya berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai Suface Laptop Studio 2 dan Laptop Go 3. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version