Site icon TechNave BM

Microsoft Surface Pro X dilancar di Malaysia: Tablet ‘flagship’ dengan RAM 16GB, skrin 13 inci bermula RM6,999

Microsoft Malaysia hari ini telah melancarkan tablet Surface Pro X dan ia akan mula dijual di semua pengedar sah pada harga bermula RM6,999. Tablet ini dilengkapi cipset Microsoft SQ2 oleh Qualcomm, RAM 16GB dan storan SSD 512GB.

Tablet ini mempunyai skrin PixelSense berukuran 13 inci yang menyokong sentuhan serentak sehingga 10 titik. Microsoft juga menyatakan baterinya mampu tahan sehingga 15 jam, sesuai untuk mereka yang kerap bergerak dalam aktiviti harian mereka.

Tidak seperti kebanyakan laptop, Surface Pro X dilengkapi kamera utama 10MP dan kamera swafoto 5MP. Turut mendampingi kamera tersebut adalah mikrofon dengan mutu studio dan pembesar suara Dolby ATMOS untuk kegunaan sewaktu panggilan video atau menonton filem.

Terdapat juga sebuah ruang untuk SSD luaran bagi membesarkan kapasiti memori dalam tablet ini. Layari laman web Microsoft untuk maklumat lanjut tentang Surface Pro X.

Ruang memori SSD tambahan

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki tablet Microsoft ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version