Site icon TechNave BM

Microsoft Surface Pro X sudah memasuki pasaran Malaysia bermula pada harga RM4,599

Microsoft mengumumkan Surface Pro X sudah pun memasuki pasaran Malaysia. Peranti Surface ini boleh didapati menerusi penjual dan pengedar sah komersial di Malaysia bermula pada harga RM4,599.

Microsoft Surface Pro X menawarkan rekaan ultra-nipis membuatkan laptop ini kelihatan lebih unik, menampilkan prestasi tiada tandingan dan sesuai untuk gaya hidup anda yang sentiasa bergerak. Surface Pro X menggunakan paparan skrin PixelSense bersaiz 13 inci, ia boleh digunakan sebagai komputer riba atau tablet mengikut kebiasaan anda.

Dilengkapi dengan cip pemproses Microsoft SQ1 dan GPU Adreno 685 yang mana merupakan kerjasama Microsoft dan Qualcomm, memori dalaman dibekalkan pilihan 8GB/16GB LPDDR4x RAM serta storan SSD sebesar 128GB/256GB/512GB.

Surface Pro X yang menggunakan Windows 10 Home ini mempunyai ketahanan bateri sehingga 13 jam. Satu lagi ciri menarik adalah ia menyokong rangkaian LTE selain sambungan USB Type-C, serta papan kekunci khas untuk mengecas Surface Pen secara wayarles.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai spesifikasi Surface Pro X ini anda boleh terus ke laman rasmi Microsoft. Kongsikan pendapat anda di laman Facebook  kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version