Site icon TechNave BM

Microsoft tidak akan ambil alih TikTok

Nampaknya kemelut isu TikTok di Amerika Syarikat (AS) masih tidak menemui jalan penyelesaian setakat ini. Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan Microsoft akan membeli TikTok, walau bagaimanapun Microsoft hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka tidak akan membeli perkhidmatan media sosial itu.

Microsoft mengatakan syarikat pemilik TikTok, ByteDance, tidak akan menjualkan TikTok kepada Microsoft. Syarikat AS itu turut menyatakan mereka sudah pun memastikan keselamatan negara dan para pengguna jika urus niaga tersebut dijalankan namun kini Microsoft tidak lagi dibenarkan untuk meneruskan perancangan ini.

Kini cuma tinggal sebuah sahaja lagi syarikat AS yang mungkin membeli TikTok iaitu Oracle. The Wall Street Journal melaporkan bahawa Oracle sudah pun dipilih untuk membeli operasi TikTok di AS, namun setakat ini maklumat tersebut belum disahkan oleh ByteDance, Oracle atau kerajaan AS.

Adakah Oracle akan menjadi pemilik TikTok di AS pada 12 November nanti? Kongsi ramalan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Microsoft Blog

Exit mobile version