Site icon TechNave BM

Microsoft umumkan kemas kini Windows ambil masa sehingga 8 jam

Microsoft mengatakan Windows PC memerlukan sekurang-kurangnya 2 jam berterusan dan 6 jam sambungan selepas kemas kini dikeluarkan untuk mengemas kini sepenuhnya. 

Komputer Windows yang tidak disambungkan ke Internet mengikut tempoh masa ini tidak akan berjaya memuat turun dan di kemas kini serta berpotensi melemahkan keselamatannya. Sumber mengatakan bahawa Microsoft menjejaki berapa lama PC disambungkan ke Windows Update sebagai “Kesambungan Kemas Kini” (Update Connectivitity). Data ini tersedia melalui aplikasi inTune Microsoft yang merupakan komponen set alat pengurusan IT Endpoint syarikat.

Berdasarkan data blogger professional Microsoft IT David Guyer, 50% peranti Windows 10 yang tidak diservis Windows tidak akan memenuhi syarat minimum Update Connectivity manakala 25% daripada PC Windows 10 yang diservis dengan keselamatan selama 60 hari yang telah luput mempunyai kurang daripada Update Connectivity minimum.

Guyer menasihati untuk mengemas kini Update Connectivity dan disambungkan ke Internet selama sekurang-kurangnya 8 jam untuk kemas kini Windows sepenuhnya. Namun begitu, laporan tidak menyatakan tempoh masa kemas kini bagi komputer Windows 11 tetapi ia mungkin mengambil masa lebih singkat.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Tom’s Guide

Exit mobile version