Site icon TechNave BM

Microsoft Windows kini sudah berusia 35 tahun, jom lihat kembali rupa Windows 1.0 pada 1985

Pada 20 November 1985, Microsoft telah mengeluarkan versi pertama untuk sistem operasi komputer yang digunakan di seluruh dunia pada hari ini iaitu Windows 1.0. Jika anda tidak pernah menggunakan sistem operasi tersebut dan ingin merasakan sendiri pengalaman menggunakannya, PCjs Project telah menyediakan sebuah emulator Windows 1.0 dalam pelayar web.

Hanya dengan mengakses laman web PCjs Project, anda boleh lihat sendiri antara muka Windows 1.0 dan menggunakannya untuk membuat tugas-tugas asas seperti membuka kalendar, menulis nota dalam Notepad dan melakar dalam Paint. Anda juga boleh memainkan beberapa game seperti Reversi.

Emulator tersebut memaparkan grafik ringkas namun telah memperkenalkan sistem penggunaan yang masih diamalkan sehingga hari ini, seperti klik dua kali untuk membuka fail dan perisian asas.

Tentunya ini adalah pengalaman yang menarik untuk melihat kembali sejarah Microsoft Windows dan pembangunan sistem operasi komputer. Beritahu kami di Facebook jika anda telah menggunakan emulator ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version