Site icon TechNave BM

Mikrofon Razer Seiren V2 dan Seirin V2 X dilancar, sesuai untuk ‘streamer’ profesional

Razer telah mengumumkan dua mikrofon terbarunya iaitu Seiren V2 Pro dan Seiren V2 X. Produk Seiren V2 baru menawarkan set ciri premium dengan mikrofon dinamik dan kondensor untuk memberikan penangkapan audio semula jadi yang nyata.

Seiren V2 Pro menawarkan vokal terbaik yang yang mempunyai kualiti nada seperti radio-DJ. Penapis (filter) lulus tinggi dan pembatas terhad analog dapat menyaring gegaran dan suara latar yang tidak disengajakan. Ciri utama Seiren V2 Pro termasuk:

Seirin V2 X menambah baik formula yang telah diwarisi daripada Seirin X yang mana mikrofon tersebut telah memenangi penghargaan sebelum ini. Ia menampilkan corak dengan mengasingkan suara daripada bunyi latar dan menyampaikan vokal yang jelas kepada penonton. Ciri utama Seiren V2 X termasuk:

Seiren V2 Pro dan Seiren V2 X mempunyai pilihan penyesuaian dan kawalan untuk pencampuran audio dalam Razer Synapse. Seiren V2 Pro berharga RM729 manakala Seiren V2 X berharga RM489.

Anda boleh kunjungi laman web Razer untuk maklumat lebih lanjut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version