Site icon TechNave BM

Misteri video tular TV “diganggu” terbongkar, ini situasi sebenar yang berlaku

Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen. Melalui video tersebut, dua orang lelaki sedang khusyuk menonton perlawanan bola sepak sebelum skrin televisyen tiba-tiba bertukar siaran dengan sendiri sehingga membuatkan mereka bingung. 

Selepas menyemak semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menerusi telefon pintar, dalang di sebalik kejadian itu rupa-rupanya ialah isteri salah seorang daripada mereka yang sedang bekerja di sebelah. Usikan yang melucukan itu berjaya dirakam sepenuhnya oleh kamera keselamatan rumah. 

Insiden ini secara tidak langsung menyedarkan rakyat Malaysia bahawa sistem pemantauan rumah pintar yang lengkap amat penting bukan sahaja untuk keselamatan, malah untuk mengetahui situasi semasa di rumah pada bila-bila masa. Ramai yang menyangka video berkenaan merupakan kejadian sebenar yang berlaku secara spontan. 

Bagaimanapun, video tersebut sebenarnya adalah sebahagian daripada gimik promosi oleh Unifi untuk memperkenalkan pakej keselamatan dan pelindungan rumah pintar mereka, Unifi Home Shield. Melalui Unifi Home Shield, ia mengetengahkan ciri “Cloud Video Storage” yang membolehkan pengguna menyemak semula rakaman rumah sehingga 7 hari dan mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di rumah. Melalui pendekatan kreatif ini, Unifi berjaya menunjukkan bagaimana teknologi pemantauan rumah secara masa nyata (real-time) dapat membantu pemilik kediaman memantau keadaan rumah melalui aplikasi Unifi Smart Home dan mendapat ketenangan fikiran walaupun berada jauh dari rumah.

Pantau rumah dan keselamatan di mana jua anda berada dengan Unifi Home Shield!

Bayangkan situasi di mana anda terpaksa bekerja lebih masa di pejabat atau meninggalkan rumah untuk menyaksikan perlawan Piala Dunia FIFA 2026 di kedai mamak. Dan mungkin anda tersangkut dalam kesesakan lalu lintas yang seakan-akan tiada penghujung. Tiba-tiba, pelbagai persoalan bermain di fikiran: “Pintu belakang dah berkunci ke? Kucing saya okay tak? Ibu bapa saya yang sudah berusia macam mana? Anak-anak pula sedang buat apa?” 

Apakah itu Unifi Home Shield?

Unifi Home Shield ialah perkhidmatan pemantauan rumah pintar yang mampu milik untuk pelanggan Unifi Home Broadband (pelan 100Mbps dan ke atas). Ia membolehkan anda memantau keadaan rumah 24/7 terus melalui telefon pintar di aplikasi Unifi Smart Home tanpa perlu bersusah payah memasang atau mengkonfigurasikan sistem tersebut sendiri.

Amaran Segera Terus Ke Telefon Pintar Apabila Pergerakan Dikesan

Pelan Unifi Home Shield Mana Yang Sesuai Untuk Saya?

Unifi menawarkan tiga pelan berbeza yang direka untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis kediaman di Malaysia, daripada kondominium dan apartmen tingkat tinggi hinggalah rumah teres dua tingkat yang lebih luas.

Pantau Rumah pada Harga Lebih Berpatutan

Jika anda pelanggan Unifi, anda boleh menikmati penyelesaian rumah pintar dengan mudah melalui penambahan pakej promosi Unifi Home Shield kepada langganan Unifi Home sedia ada. Tawaran tersedia untuk semua pelan jalur lebar Unifi. Bagi pelanggan baharu, anda boleh mendapatkan pelan Unifi Home 300Mbps bersama Unifi Home Shield Essential Pack pada harga hanya RM129 sebulan.

Jika anda melanggan pelan Essential secara dalam talian, anda juga layak menerima baucar secara percuma. Dengan Unifi Home Shield, semuanya menjadi lebih mudah kerana peranti, pemasangan dan pemantauan disediakan dalam satu pakej yang berpatutan. Selain itu, pelanggan baharu dan sedia ada Unifi Home Broadband juga boleh menikmati rebat bulanan eksklusif sepanjang dua tahun pertama langganan. 

Contoh insiden yang tular secara tidak langsung menyedarkan rakyat Malaysia bahawa sistem pemantauan dan perlindungan rumah pintar yang lengkap amat penting bukan sahaja untuk keselamatan, malah untuk mengetahui situasi semasa di rumah pada bila-bila masa. Kunjungi portal rasmi Unifi Smart Home hari ini untuk mendapatkan pakej yang sesuai dengan keperluan anda. Tertakluk pada terma dan syarat.

Apa pendapat anda? Mampukah anda membina sistem rumah pintar sendiri dengan kos kurang daripada RM60 sebulan? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen dan terus ikuti kami di Facebook kami serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

[Ditaja]

Exit mobile version