Site icon TechNave BM

MIUI 13 akan dilancar pada bulan Jun 2021

Sistem operasi telefon pintar Xiaomi, MIUI 12.5, telah dilancar pada hujung Disember 2020 dan kini para pengguna peranti Xiaomi boleh menjangkakan kemas kini terbaru untuk sistem operasi tersebut. MIUI 13 dilaporkan akan dilancar pada hari Jumaat, 25 Jun di China.

Buat masa ini, MIUI 12.5 masih belum diberikan lagi kepada semua peranti Xiaomi kerana sewaktu mereka menggariskan model telefon yang akan menerima kemas kini tersebut, beberapa telefon akan memperolehi MIUI 12.5 pada suku kedua 2021.

Oleh yang demikian, tarikh 25 Jun ini mungkin dikhaskan untuk pembina aplikasi (developers) dan penguji versi beta, bukannya untuk kegunaan pelanggan awam. Buat masa ini, fungsi yang ditawarkan oleh MIUI 13 masih belum diketahui.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Adimorah Blog

Exit mobile version