Site icon TechNave BM

MIUI 13 mungkin dilancarkan pada akhir tahun ini miliki perubahan ketara berbanding MIUI 12

Xiaomi mengumumkan pelan pelancaran versi stabil ketiga MIUI 12.5 yang dipertingkatkan ke empat bidang utama termasuk liquid storage, atomic memory, focus computing dan smart balance. Malam tadi, Lu Weibing yang merupakan rakan kongsi kumpulan Xiaomi dan pengurus besar jenama Redmi, memberi jangkaan melalui Weibo bahawa MIUI 13 akan hadir tidak lama lagi.

Menurut orang dalam sebelum ini, MIUI 13 mempunyai perubahan yang ketara seperti banyak antara muka (interfaces) sistem mempunyai UX baharu. Ia dijalankan berdasarkan versi Android 11 dan Android 12. Pada bulan Ogos lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun menyatakan bahawa MIUI 13 akan dilancarkan pada hujung tahun ini dengan harapan dapat memenuhi jangkaan semua orang.

Tahun lepas, Xiaomi melancarkan MIUI 12 menjadi salah satu titik peningkatan terbesar dalam animasi dan perlindungan privasi. Kami berharap peningkatan yang dinyatakan berjalan lancar untuk pelancarannya yang dijangka pada akhir tahun ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version