U Mobile mencatat sejarah sebagai telko pertama di Malaysia yang melancarkan Open API Portal berasaskan inisiatif Open GSMA. Langkah ini bertujuan mempercepatkan inovasi industri dengan membolehkan pemaju, rakan kerjasama dan perniagaan mengakses pelbagai API milik U Mobile.
Portal ini dirancang untuk membantu integrasi perkhidmatan dan penciptaan bersama terutama dalam memanfaatkan teknologi 5G untuk mentransformasi operasi perniagaan. Pelancaran ini merupakan hasil daripada perjanjian yang ditandatangani semasa Mobile World Congress 2024 di mana U Mobile menyertai inisiatif GSMA Open Gateway.
Melalui portal ini, rakan kerjasama akan menikmati pelbagai kelebihan termasuk:
- Kemudahan integrasi perkhidmatan seperti mesej, suara, data dan rangkaian.
- Antaramuka intuitif yang mempermudah proses pembangunan.
- Persekitaran ujian selamat dan terpencil untuk eksperimen API.
- Sokongan dedikasi dan komuniti untuk kolaborasi dan perkongsian ilmu.
Dengan pelancaran Open API Portal ini, U Mobile bukan sahaja memperkukuhkan kedudukannya dalam industri telekomunikasi tetapi juga memacu transformasi digital yang lebih luas di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

