Game mudah alih popular Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) kini menganjurkan acara khas Golden Hour Livestream Event sempena menyambut bulan suci Ramadan bersama para pemainnya. Dalam acara yang menjadi sebahagian daripada #MLBBGoldenMonth ini, 10 pemain MLBB dari Malaysia yang bertuah akan memenangi pakej percutian ke bandar suci Mekah, Arab Saudi untuk mengerjakan ibadat Umrah.
Ini merupakan kali pertama sebuah syarikat game menawarkan pakej Umrah sebagai sebahagian daripada kempen dalam game dan menunjukkan komitmen MLBB dalam menyambut kepelbagaian budaya dalam kalangan pemainnya.
Untuk peluang memenangi pakej ini, anda perlu sertai cabutan bertuah yang akan diadakan dalam siaran langsung khas pada 15 Mac dan 22 Mac. Pemain perlu melengkapkan sekurang-kurangnya tiga pusingan dalam Ranked, Classic atau Brawl untuk melayakkan diri dalam cabutan bertuah.
Tiga pusingan itu perlu dilakukan dalam tempoh 4-10 Mac, atau 11-17 Mac. Pemenang akan diumumkan pada jam 10:00 malam, hari 15 Mac dan 22 Mac melalui siaran langsung di TikTok, Facebook dan YouTube.
Setiap siaran langsung akan memilih lima pemenang bertuah. Selain itu, setiap pemenang boleh membawa seorang lagi individu untuk menemani mereka mengerjakan Umrah di Mekah.
Bukan itu sahaja, MLBB turut menawarkan pelbagai hadiah lain seperti tiga unit telefon pintar OPPO setiap Sabtu malam, skin premium bernilai RM300,000 dan 250,000+ diamond percuma.
Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertai kempen istimewa ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

