Site icon TechNave BM

Mod gelap kini boleh digunakan dalam Google Docs, Sheets dan Slides untuk Android

Google telah melancarkan sokongan mod gelap (dark mode) untuk produk-produk G Suite dalam Android, iaitu Docs, Sheets dan Slides. Pengguna kini boleh menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut dengan later belakang gelap bagi memudahkan penggunaan dalam suasana malap serta memanjangkan hayat bateri.

Ia boleh dilaraskan secara manual atau secara automatik jika keseluruhan sistem Android sudah ditetapkan untuk mengguna mod gelap. Untuk menetapkannya secara manual, and boleh tetapkannya di Menu > Settings > Theme > Dark. Dengan mod ini, latar belakang akan menjadi gelap manakala teks pula akan mempunyai warna putih.

Cara mengakses mod gelap dalam mana-mana aplikasi G Suite.

Sewaktu menggunakan mod gelap juga, pengguna boleh pratotnton dokumen yang sedang dikerjakan dalam mod terang melalui More > View in light theme.

Beritahu kami di Facebook jika mana-mana aplikasi G Suite dalam peranti Android anda sudah menerima kemas kini ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Official Google Blog

Exit mobile version