Anda mungkin sudah membaca berita mengenai ASUS ROG Phone seterusnya yang dirujuk sebagai ASUS ROG Phone 5 melalui mana-mana sumber. Terkini, sumber menemui maklumat mengenai peranti seakan ASUS ROG Phone 5, tetapi dengan rekaan yang lebih ringkas di pangkalan data TENAA.
Menurut sumber, peranti dengan nombor model 1005DB ini berbeza dengan peranti dengan nombor model 1005DA (ASUS ROG Phone 5). Peranti yang baru ditemui di pangkalan data ini memiliki rekaan yang ringkas tanpa logo Tencent di panel belakangnya. Berikutan hal ini, ia didakwa sebagai model ASUS ROG Phone 5 dengan harga lebih berpatutan.
Apa pun, spesifikasinya dijangka sama dengan jangkaan spesifikasi model ASUS ROG Phone 5 yang standard iaitu janaan Snapdragon 888, RAM sehingga 16GB, bateri 6000mAh bersama cas pantas 65W dan skrin AMOLED 6.78 inci bersama kadar segar semula 144Hz.
Jika benar, mungkin ramai peminat yang ingin memiliki model ASUS ROG Phone 5 yang lebih murah walaupun tanpa rekaan belakang yang menonjol. Kongsi pandangan anda mengenai berita ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: GSMArena

