Site icon TechNave BM

Model iPhone 13 Pro mungkin hadir dengan ciri kamera baru khas untuk golongan pakar

Apple dijangka akan melancarkan telefon pintar siri iPhone 13 pada bulan September ini. Selain dari mempunyai takuk yang lebih kecil, siri iPhone 13 juga dikhabarkan akan hadir dengan paparan dan kamera yang lebih baik. Mengikut laporan terkini, peranti ini mungkin akan dilengkapi beberapa ciri kamera baru khas untuk golongan pakar.

Laporan tersebut memberitahu bahawa model iPhone 13 Pro akan mampu untuk merakam format video ProRes buat kali yang pertama. Jika anda tidak tahu, format Apple ProRes telah dihasilkan oleh Apple lebih dari 10 tahun yang lalu dan ia kini menyokong sehingga resolusi 8K. Selain dari itu, terdapat juga tambahan ciri potret sewaktu merakam video.

Aplikasi kamera juga dikatakan akan menggunakan sistem ‘filter’ baru yang dapat menambahbaik kualiti warna gambar. Berbeza dengan filter masa kini, versi baru ini adalah lebih pintar dan dapat membuat perubahan dengan tepat kepada objek atau manusia menggunakan artificial intelligence (AI).

Apa pun, mari kita tunggu dan lihat butiran penuh mengenainya di acara pelancaran siri iPhone 13 tidak lama lagi.

Adakah anda berpuas hati dengan berita ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version