Site icon TechNave BM

Model iPhone 14 Pro sangat popular, Apple sukar penuhi permintaan

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook telah mendedahkan bahawa syarikat itu kini menghadapi cabaran untuk memenuhi permintaan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Malah, model iPhone 14 Pro baharu begitu popular sehingga syarikat itu mengejar bekalan dengan meningkatkan pengeluaran.

Dalam temu bual dengan Steve Kovach dari CNBC, Cook berkata bahawa Apple cuba mendapatkan sebanyak mungkin bekalan untuk memenuhi permintaan itu. Populariti model iPhone 14 Pro melonjak ketika syarikat mengeluarkan pendapatan fiskal Q4 2022 yang menyaksikan satu lagi rekod pendapatan untuk Apple.

Menurut data yang dikumpul oleh Trendforce, permintaan untuk model iPhone 14 Pro jauh melebihi jangkaan Apple. Ia juga mendedahkan bahawa syarikat itu meminta pembekalnya, Foxconn untuk meningkatkan pengeluaran bagi kedua-dua model sebanyak 10 peratus.

Buat masa ini, Apple telah menukar nisbah pengeluaran model iPhone 14 untuk lebih fokus sehingga 65 peratus pada model Pro. Pelarasan ini juga dibuat berikutan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus tidak menunjukkan prestasi seperti yang dijangkakan oleh Apple.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version