Site icon TechNave BM

Model M1X MacBook Pro mungkin bakal tiba dalam beberapa minggu lagi

Apple menjadi tuan rumah acara ‘California Streaming’ pada 14 September untuk pelancaran model iPhone 13, Apple Watch Series 7 dan banyak lagi. Namun, Macbook tidak termasuk dalam senarai hari pelancaran kerana ia mungkin akan tiba pada akhir tahun ini.

Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, Apple akan memperkenalkan model M1X Macbook Pro bersaiz 14 inci dan 16 inci dalam beberapa minggu lagi. Menurut di buletin beliau Power On, selain jangkaan iPhone 13 dan Apple Watch Series 7, dia turut menyenaraikan produk yang akan dikeluarkan pada akhir musim ini seperti Airpods, iPad mini 6 yang direka semula, iPad 9, dan model M1X Macbook Pro yang dinanti-nantikan.

Macbook Pro ini mempunyai dua saiz iaitu 14 inci dan 16 inci yang dilengkapi dengan cip M1 kelas atas, pengecasan magnetik MagSafe, skrin miniLED, dan tiada Bar Sentuh (Touch Bars).

Apple berkemungkinan akan mengadakan acara khusus pada bulan Oktober atau November untuk mengumumkan produk-produk tersebut. Apple dikhabarkan sedang berusaha meningkatkan pengeluaran M1X Macbook Pro pada bulan Oktober.

Model M1X MacBook Pro akan dilancarkan dengan reka bentuk rata yang serupa dengan M1 iMac, siri iPhone 12, model iPad Pro dan Apple Watch Series 7. Dalam laporan, model MacBook Pro akan menampilkan port HDMI, slot kad SD, pengecasan MagSafe, skrin miniLED, dan tiada Bar Sentuh (Touch Bars).

Cip M1X yang digunakan akan meningkatkan prestasi dan jangka hayat bateri MacBook anda. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan M1X MacBook Pro ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Wccf tech

Exit mobile version