Site icon TechNave BM

Model peranti vivo V1955A di TENAA dengan pengecas 55W mungkin sebuah peranti gaming

Dalam menunggu kehadiran X30 dan X30 Pro, usaha vivo untuk memenangi hati peminat tidak terhenti di situ sahaja. Terkini, sumber melaporkan bahawa vivo mungkin sedang menyediakan peranti gaming.

Hal ini kerana kemunculan model V1955A di TENAA hadir dengan sokongan 5G. Bukti ianya mungkin sebuah peranti gaming ditambah lagi dengan khabar angin yang melaporkan model V1955A ini bakal muncul dengan pengecas 55W.

Sumber: TENAA melalui GSMarena

Selain spesifikasi 5G dan pengecas 55W, kami akan mencari lagi khabar angin mengenai peranti vivo ini. Apa pun, vivo V17 masih hangat di pasaran. Anda boleh ke capaian ini untuk membandingkan harga dan ciri teknologinya.

Adakah anda salah seorang pengguna vivo? Beritahu komen anda mengenai berita ini di laman Facebook kami dan nantikan berita khabar angin telefon pintar terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: GSMarena

Exit mobile version